Banjir | Terus hulurkan bantuan, norma baharu jadi keutamaan - YDP Agong

2022-03-22 1

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru pihak-pihak berkuasa berkaitan, khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya terus menghulurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka Baginda turut menitahkan supaya aspek norma baharu diutamakan di pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) banjir.